Monday 10 August 2015

MAJLIS AQIQAH ANAK FASHA

Oleh RTKY Staff pada 
10 August 2015, 5:08PM
Pada 8 Ogos (Sabtu) lalu, telah berlangsung majlis aqiqah bagi anak perempuan Fasha Sandha, Raysha Jemyma bersama suami Rizal Ashram telah diadakan di kediaman mereka di Ampang. Barisan artis lain juga turut hadir menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.
Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Izreen Azminda, Rebecca Nur Al Islam dan juga Ayda Jebat. Memang meriah sungguh kami lihat majlis aqiqah tersebut.
Apa-apa pun, semoga keluarga ini akan beroleh rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan dan Raysha akan menjadi seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya. Malah peminat juga berkongsi perkara yang sama dalam mendokan kebahagiaan rumah tangga pasangan secocok ini. (rtky/s)

No comments:

Post a Comment